Hit Visitor Counter

Friday 23 October 2015

Pulau Tioman 2015.

      Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terdorong saya untuk create blog ini kerana beberapa sebab. Pertama nak kongsi pengalaman sewaktu kami ke Pulau Tioman (Paya Beach Resort) dan kedua agar ia menjadi suatu yang munafaat,mudah-mudahan untuk yang baru pertama kali ke Pulau Tioman!

Sebelum datangnya cuti sekolah maka saya dan isteri akan awal-awal lagi berbincang untuk bercuti bersama anak-anak. Kami buat perancangan cuti sekolah bulan September 2015. Maka pelbagai idea dan tempat-tempat menarik menjadi tajuk serta pilihan untuk kami cuba. Apabila anak-anak kami di bawa berbincang dalam mengenal pasti tempat percutian maka yang pertama dan utama pilihan anak-anak kami adalah....ada laut dan boleh main pasir atau dan ada swimming pool! Jadi kami mengambil keputusan untuk mencuba Pulau Tioman di mana sepatutnya kami pergi pada tahun 2013 tetapi rancangan bertukar ke Pulau Redang ketika itu!

Kami pun mula bertanya adik beradik serta rakan-rakan kalau-kalau nak join....! Akak ipar dan anaknya yang berusia 2 tahun serta adik ipar menyatakan hasrat nak join. Rakan pratitioner saya serta keluarganya juga berminat! Maka saya pun mula mencari dan menilaikan setiap resort di Pulau Tioman untuk 3 keluarga! Cari punya cari dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil pakej Paya Beach Resort! Pakej termasuk Penginapan 4 hari 3 malam (Deluxe Suite Seafront), makan 3 kali sehari serta tambang feri pergi dan balik. Bukan apa, baca kat blog-blog banyak yang nasihatkan ambil je pakej makan, nak makan kat luar leceh, mahal dan sebagainya! Ok....nanti saya cerita panjang sikit bab makan ni ye....Insyaallah!

 Maka booking pun berjaya di buat untuk trip pada 19hb Sep ~ 22 Sep 15 serta kami juga bercadang untuk tidur semalam di daerah Mersing agar tidak terlambat keesokkan hari ke Jeti Mersing! Pada awalnya booking Feri dari Mersing ke Tioman dan vice versa. Dalam 1 minggu sebelum 19hb Sep, saya dapat email dari PBR (Paya Beach Resort), Kesemua data Chalet, voucer makan serta resit booking Feri dan tidak lupa juga saya di berikan schedule air pasang serta jangkaan Feri bergerak dari Mersing ke Tioman (19hb) dan sebaliknya (22hb). Tanpa membaca dahulu data-data tersebut saya pun dengan penuh konfiden membalas email pihak PBR dan bersetuju! Lebih kurang 10 min barulah baca perlahan-lahan dan terperasan Feri balik nanti dari Tioman ke Mersing (22hb)hanya akan ada pada jam 4 PAGI! Huh??? Anak-anak kami 8tahun, 6tahun dan anak buah 2tahun! Mana nak bangun jam 3.30pagi woh!!! Kelam kabut saya email dan kol pihak pengurusan PBR untuk berbincang tang hal Feri ni! Dari schedule yang agak ok adalah dari Tanjung Gemok iaitu 19hb jam 11pagi dan 22hb pada 9pagi! Cantikkan?!

Pengurusan cekap pihak PBR memang harus di puji, mereka tukarkan tikit booking Feri tu tanpa soal! Tip Top! Maka satu hal lagi nak kena cancel booking hotel pada 18hb Sep iaitu sehari sebelum nak ke Tioman! Nasib baik dapat cancel! Terima kasih pada Puan Rozie, rakan kami. Alhamdullilah! Maka carilah pula Hotel atau Chalet di daerah Tanjung Gemok....bab ini rakan saya En Aziz Salam, suami Pn Rozie,yang membantu mencari kan lodging untuk 18hb Sep! Last-last dapat kat Rompin,  RA'ID Homestay!



 Pada 18hb Sep 2015, maka kami pun ke RA'ID Homestay dan Alhamdullilah, buat keluarga saya, OK tetapi yang menyedihkan rumah Homestay rakan saya En Aziz serta keluarga kurang baik sikit! Pertama berhadapan pada pokok manggis yang besar, kedua rumah itu tidak di selenggarakan dengan begitu baik kerana menurut rakan saya lantai rasa berminyak, cadar macam tidak bertukar dan yang paling menyedihkan pada pagi subuh 19hb, air takde! Haru di buatnya.....!




Maka pada pagi tu, menurut rakan saya, En Aziz, buat macam cerita Seniman Bujang Lapuk, mandi cara P.Ramlee lah! hahahaha....!

 Maka bergerak lah kami beramai-ramai ke Jeti Tanjung Gemok yang tidak begitu jauh dari RA'ID Homestay. Sampai sahaja di sana lebih kurang jam 9.30 pagi, kami cari Parking di dalam kawasan Jeti Tanjung Gemok itu sendiri. alhamdullilah dapat dan charge nya adalah semalam RM10, jumlah untuk 4 hari RM40! Ok, dah tak perlu risau tang bab kereta! Ada "benda" lagi yang lebih merisaukan saya.....! Nak tahu apa....perjalanan Feri ke Tioman akan memakan masa lebih kurang 2 jam! YA! BENAR - 2 JAM! ADEHHH!


                                                             Jeti Tanjung Gemok (Rompin)

Perjalanan dengan Feri ni pada jam 12 lebih tengahri ni mencabar juga kerana Arus dan Ombak agak kuat juga!


Maka menempuhlah "perjalanan" macam roller coaster tapi tidak begitu "ganas"! Dalam tempoh sejam lebih ramai yang mula "pening-pening lalat!" Ada dah mula "sedekah semula" makanan yang di makan awal-awal tadi ke dalam plastik kecik! Adeh! Yang melihat mula macam nak menjangkit pulak kan! hahaha...saya dan isteri terus ke belakang Feri, keluar sejenak melalui pintu EXIT! Fuh! Lega bebenor bila terkena udara luar! Alhamdullilah! Tapi terasa lah pulak nak terkucil, saya masuk semula ke dalam dan terus ke Tandas yang berada betul-betul di sisi pintu EXIT tadi! Adeh! Mencabar beb! Feri terumbang ambing...! Faham-faham je lah! Nak aim pun susah! hahaha...melayang sana sini....! Kat dalam tandas saya ketawa sendiri......hahaha! Adeh...tak boleh lupa kenangan ini!

 Last-last sampai lah juga ke Paya Beach Resort Tioman! Alhamdullilah! Lega betul!


                                                               Jeti Tioman (Paya Beach Resort)
   

                                                            Pemandangan dari Jeti

Kami dengan pantasnya keluar dari Feri cepat-cepat naik ke atas Jeti. Pikul bebanan beg yang sarat! Tengah berjalan separuh jalan, saya terdengar isteri rakan saya Pn Rozie menjerit pada pekerja di dalam Feri..."Ada orang belum turun!" Sekali rupanya En Aziz kita tertinggal lah dalam Feri......hehehe....Ziz, apa buat? Ok, di pendekkan cerita, Feri berpatah balik dan turunlah rakan kita dari Feri dan naik ke Jeti! Semua dari kami berkumpul dan mula tertanya tanya....Paya Beach Resort kat mana ek? Kenapa takde orang representative dari PBR ni datang ambil kami ye? Hampeh!!!

Maka berjalan lah kami main agak-agak......mencari PBR dan nasib baik ada Sign posting....tengah jalan ke PBR sekali Pn Rozie beritahu kami bahawa En Aziz, atas dasar salah faham, ingatkan isteri beliau dah bawak salah sebuah beg mereka, tetapi rupa-rupanya  tertinggal dalam Feri!  Alamak! Feri dah jauh dah!


Selepas membetis lebih kurang 200 meter, baru ternampak lambang PBR! Kena membetis lagi 200 meter untuk ke Reception counter....fuh! Berpeluh ketiak dengan beg sarat lagi.....! Takpe...ingat kan satu sahaja...nak Bercuti Rehat!

Sampai sahaja...beri voucer serta resit, maka dapatlah segala kupon makan, kunci bilik serta sedikit penerangan. Rakan saya beritahu tentang beg beliau yang tertinggal tadi di dalam Feri dan Receptionist itu terus buat satu panggilan telefon. Dia beritahu nanti akan feedback rakan saya jika dapat berita! Wah...not bad saya rasa dalam hati! Ok kami terus ambil Lunch!


Takde apa nak komplen kerana semua sedang lapar dan haus! Jadi semuanya sedap sahaja!

Selepas makan kami terus ke Chalet yang di beri sebelah menyebelah....



Masuk ke dalam terus relax...akak dan adik ipar bersama anaknya serta kedua anak kami ambil bilik di bawah dan saya bersama isteri di atas....kena panjat tangga dah!


                                                                      Ruang tamu


                                                       Bilik Atas (kena panjat tangga)

                                Jom layan gambar-gambar outdoor di sekitar Pulau Tioman...












































                                                       Amacam Cantik tak pemandangan?

Teruskan cerita, sebelum dinner kami pun bersantai jalan-jalan berhampiran kat Jeti lalu terserempak dengan satu Restoran Melayu! Dalam hati kami...Mesti Mahal ni! Ialah, tengok blog sebelum ni ramai yang kata mahal kalau makan sendiri kat luar! Kami pun masuk dan mencuba kerana nak "Mengeteh" bersama! Tengok Menu, makanan standard macam kat luar sana, tengok harga....eh! samalah macam kat luar macam kat Mamak atau gerai makan biasa! Serious! Nasi goreng kampung rm4.50, Teh tarik rm1.40. aiseh! Orang rumah saya terus order Mee Hailam, keropok  leko!



                                                                       Sessi Ngeteh!

Selepas Maghrib, kami pun ke Canteen PBR untuk santap Dinner! Makanan macam biasa je...Nasi Putih, Sayuran, Ikan dan daging rendang goreng. Air...hanya ada air masak putih sahaja. Tetapi ada air panas Teh dan kopi O! Kami ingat esok kemungkinan ada BBQ atau pun paling tidak pun masakan kuah atau gulai yang lain menunya tetapi sangat HAMPA! Menu yang sama berulang untuk Breakfast (Mee maggi goreng, kalau nak roti ada plus butter, teh dan kopi + air oren), Lunch dan Dinner! Untuk pengetahuan, bayaran BF, Lunch dan dinner adalah dari Rm35~rm40 sekepala! Kami hanya menggeleng kepala!!! Kalaulah kami tahu dari awal tak perlu ambil pakej makan! Makan kat luar je!!!!

Yang sangat menyedihkan hati......keesokkan harinya, kami keluar outing berbayar sekepala RM90, kanak-kanak RM45, pergi Snorkelling ke merata tempat (ada 5 tempat)....Maka pada hari tersebut kami tak dapat ambil Lunch di Canteen maka kami bertanya kat Pusat Snorkel. ada sorang Mamat ni, bila dengar bab Lunch luar ni dia tarik muka dan kata pada saya dan isteri "Kenapa tak cakap awal-awal? Kena beritahu lah awal-awal!" Dalam hati kami berkata...Ini first time kita ke Tioman dan ke PBR tempat kau bekerja dik! Nak tak nak dia telefon entah siapa...settle! Customer Service - HANCUS!!!!

Naik satu bot, sampai lah ke merata Pulau buat Snorkelling.......!

 



 Mamat berdua yang bawak Bot kami ni adik beradik. Bagus, berbudi bahasa,,,akhir outing, kami tip mereka!







 Dalam beberapa jam ber-Snorkel, pemandu bot pun kata...jom Lunch kat Pulau Tekek! Apa yang menyedihkan kami adalah set Lunch yang di tapau untuk Lunch out dari Canteen PBR adalah nasi goreng biasa dengan seketul ayam! Untuk pengetahuan semua set lunch untuk satu kepala adalah RM40! Patut ke??? Bila rasa nasi goreng tu....tutup balik, terus order kat Restoran yang kami singgah di Kampung Tekek! Harga...tak mahal jugak lah!!!







                                                    Pemandangan dari Pantai Kampung Tekek!

Habis lunch, pergi Snorkel lagi sehingga petang baru balik semula ke Paya Beach Resort. Malamnya selepas maghrib, dinner, macam saya dah katakan tadi menu yang sama. Kami terus ke kedai kopi biasa tu yang terletak berdekatan Jeti....sambung makan kat situ je!



Pada hari terakhir, kami ke Jeti dalam jam 8.30pagi. Sambil tangkap gambar, tengok anak-anak ikan yang banyak gila kat bawah jeti.........

 







        See ya next time Tioman.... Insyaallah!

Pada anda yang ingin ke Pulau Tioman, kaji selidik dahulu pakej-pakej. Pada kami bab makanan makan je kat luar....lebih berbaloi, murah dan sedap, Insyaallah! Buat yang tak tahan akan laut yang bergelora bila naik Feri, nasihat saya dapatkan Pil anti Mabuk Laut yang boleh di dapati di Pharmacy! Selepas tu balas lah dengan Garam Booster....hehehe!

Akhir kata, Pulau Tioman ok, cantik cuma jangan ketika Air Surut....semua batu sahaja! Kalau setakat duduk makan, tidur dan jalan-jalan kat sekitar Pulau....jawabnya Bosan! Kalau nak berAktiviti umpama Snorkelling dan sebagainya kena BAYAR! Bagi kami bercuti di Tioman tak sehebat di Pulau Redang! Kalau Redang, semua sudah termasuk dalam pakej iaitu snorkelling. Makan? Fuh! Bab makan, Redang (LAGUNA REDANG RESORT), dasyat! Breakfast, Lunch dan Dinner macam buat Tawaf, banyak pilihan! Memang terbaik!!! Kalau nak jengah-jengah tengok Pulau Redang yang pernah kami lawati sila ke : -  http://cvtjohor.yolasite.com/Pulau Redang
Apa pun itu adalah pandangan kami....perjalanan dengan Feri pun tak sejenuh nak ke Tioman! Cuma memandu dari JB ke Kuala Terengganu, kalau nak ke Pulau Redang ada jauh lah sikit....tapi itu hobby saya yang gemar dengan Long distance driving!  



                                   Pandangan kat Pantai Tioman PBR sewaktu air surut!
                                                                      
 Ok dahulu...fikir-fikirkan serta renung-renungkan...blog ini kami reka hanya untuk tips pada mereka yang ingin pengetahuan sedikit sebanyak berkenaan Pulau tioman dan PBR!

*Nota :- Beg rakan saya En Aziz yang tertinggal dalam Feri .....MIA (missing in action) terus! Tak tahu khabar berita! Kesimpulannya - Pihak PBR Admin memang Top tetapi kat Resort serta Logistic - "Bottom....!" 

Wassalam....

Jika anda ingin melihat penilaian kami tentang TUNJUK LAUT BEACH RESORT (TANJUNG LEMAN JOHOR) sila klik..... 

 Jika anda ingin melihat penilaian kami tentang PULAU PANGKOR (ANJUNGAN BEACH RESORT) sila klik....

Jika anda ingin melihat penilaian kami tentang Laguna Redang Resort sila klik.....

Site created on 23 October 2015.
Last Update on 14 August 2017.